EBOOK PENGENALAN PERCUMA
PERCUMA EBOOK PENGENALAN PANTANG TRADISIONAL
PENGENALAN
Amaran
1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara.
http://pantangtradisional.blogspot.my/
2. Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain.
3. Sebarang tindakan yang yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin jika menerima ebook ini tanpa melalui http://pantangtradisional.blogspot.my/
5. Laporan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan tidak sebegini.
6. Jika anda memilikinya tanpa kebenaran, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat.
Yang benar: Nur Syatirah Shuib,:
http://syatirahshuib.blogspot.my/
Facebook saya:- Nur Syatirah Shuib :-
https://www.facebook.com/ummi.urutanbersalinsabah
Facebook Page Saya, Urut Selepas Bersalin Sabah:-
https://www.facebook.com/Urut-Selepas-Bersalin-Sabah-1633546903582162/
Email:-
syatirahshuib@gmail.com
Hubungi:-
018-3677769, Qulusa Therapy.
TINTA PENGARANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Kita adalah insan bertuah yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Istimewanya kita kerana mempunyai rahim yang membolehkan kita untuk mengandung dan melahirkan. Kita boleh merasai saat manis dan pahit ketika mengandung dan melahirkan. Begitu juga pengalaman membesarkan anak-anak akan membuatkan kita lebih matang menempuhi liku-liku perjalanan hidup.
Namun, ada juga yang berdukacita dengan masalah kewanitaan yang menyebabkan mereka sukar untuk hamil. Pelbagai kritikan dan sindiran diberikan kepada mereka yang sukar hamil. Maka, semoga perkongsian yang disampaikan mmapu membantu anda merawat masalah kewanitaan dan juga membantu memberikan anda semangat untuk terus berusaha ikhtiar untuk hamil.
Saat saya menulis ebook ini, saya baru disahkan hamil 5 minggu. Ketika ini juga saat tengah sibuk memberikan konsultasi dan rawatan kepada wanita-wanita yang ingin ikhtiar hamil. Perkara yang paling membuatkan saya bahagia adalah pada bulan ini juga, saat ebook ini ditulis, ramai pelanggan yang saya rawat telah berjaya hamil. Paling sayu ada yang berjaya hamil setelah tujuh tahun berkahwin dan inilah kali pertama hamil. Ya Allah betapa bahagianya apabila mendapat berita tersebut!
Saat paling bahagia bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Di dalam penulisan ini diselitkan juga bagaimana pemakanan sihat dan penjagaan ketika diawal kehamilan. Penjagaan ini sangat penting kerana jika tersalah diet boleh menyebabkan kurang darah dan keguguran.
Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu hendaklah mengambil pemakanan sihat agar janin yang membesar akan sihat tubuh badan dan kuat imuniti badannya. Selain itu, penulisan ini juga memuatkan senaman bagi melegakan sakit pinggang dan membantu ibu-ibu untuk bersalin secara normal.
Kembali langsing semasa dalam tempoh berpantang adalah impian setiap wanita yang menjadi ibu. Namun, bukan mudah untuk langsing andai tiada penjagaan dan rawatan yang lengkap dijalankan. Maka, penulisan ini memuatkan pelbagai resepi dan petua untuk berpantang dengan bahagia.
Terakhir sekali adalah menjarakkan kehamilan secara alami. Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah hormon selepas bersalin. Maka, petua yang dikongsikan ini akan membantu ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan secara alami, dalam masa yang sama membantu untuk kekal sihata dan cergas menguruskan keluarga.
Semoga kita diberikan kelebihan oleh Allah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat penjagaan yang tepat dan betul. Amin.
Ikhlas,
Nur Syatirah Shuib
6 Oktober 2017.
ULASAN PEMBACA
Ulasan Pertama oleh Puan Mazlina Omar
Tercari-cari sebuah naskah untuk dihadiahkan kepada kawan. Penat mencari akhirnya terjumpa naskah hasil karya penulisan Puan Syatirah. Puan Syatirah bukan sekadar bidan biasa, beliau sangat kaya dengan ilmu kewanitaan. Setiap perkongsian dan persoalan pasti turut dikongsi dengan cara tradisional dan sains. Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini iaitu, Dua dalam Satu.
Beliau juga turut memuatkan petua tradisional dan disusuli dengan sokongan sains dan perubatan moden. Melalui penulisan beliau, saya sangat tertarik dengan tajuk perhubungan intim. Asalnya saya ingin menghadiahkan kepada kawan, tetapi akhirnya saya turut membeli senaskah untuk diri sendiri.
Terasa seperti menyesal pulak kerana baru sahaja tahu bahawa terdapat banyak ilmu kewanitaan dari hujung rambut sampai hujung kaki telah dikongsi dalam naskah tersebut. Saya cetak dan letakkan bawah bantal. Senang "ulang kaji"sebelum tidur, sayang suami lah katakan. Tahniah dan terima kasih kakak bidan di atas segala perkongsian ilmu.
Ulasan Kedua Oleh Puan Azrin Badrinas
Ebook yang ditulis oleh Syatirah ini memang sangat sempoi sesuai dengan gelarannya Kak Bidan Sempoi. Baguslah panduan-panduan yang disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ebook ini turut dilengkapi dengan pelbagai resipi yang mudah dan menarik.
Ebook yang lengkap dan padat dengan info dari persediaan sebelum kehamilan, semasa hamil, sebelum bersalin hinggalah dalam tempoh berpantang. Terasa jika saya dapat baby lagi, saya akan rujuk pada Syatirah. Sangat sesuai sebagai rujukan ibu hamil dan berpantang.
Ulasan Ketiga Oleh Puan Hazwani Abd Hamid
Ebook yang saya akan ulas adalah hasil penulisan Puan Nur Syatirah Shuib atau lebih dikenali sebagai Kak Bidan Sempoi. Naskah ini mempunyai banyak informasi baru tentang kesuburan dan kehamilan. Kita pun sedia maklum yang sekarang ini, ramai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Jadi boleh timba ilmu melalui pembacaan dari ebook dalam salah satu usaha untuk hamil ataupuan yang merancang untuk hamil kali kedua.
Proses kehamilan adalah proses yang panjang dan boleh dikatakan stress, jadi penulis ada menerangkan beberapa panduan untuk ibu-ibu hamil kawal stress tersebut. Dari proses kehamilan, seterusnya proses bersalin dan berpantang diterangkan dengan pelbagai input penting yang ibu-ibu harus ambil tahu.
Hasil penulisan beliau yang menyusup ke hati. Susunan kata yang membawa kita untuk baca dan terus baca. Ilmu yang sangat ilmiah dan berguna untuk mereka yang masih menunggu kehadiran cahaya mata, lagi-lagi untuk kali yang pertama.
Ulasan Keempat oleh Puan Nurshuhada Abdullah
Berinformasi. Perkataan pertama muncul di fikiran saya selepas membacanya. Memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perawatan dan masalah wanita bagi mendapatkan rahim yang sihat.
Perkongsian berkenaan makanan apa yang boleh dimakan dan diamalkan serta makanan apa yang perlu dielakkan. Makanan apakah yang bersifat panas dan makanan apakah yang bersifat sejuk. Setiap darinya disenaraikan supaya mudah untuk membaca. Hasil pemakanan yang baik melahirkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat melahirkan emosi yang stabil. Emosi yang stabil sangat penting sepanjang proses kehamilan sehingga berpantang.
Perkongsian ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang akan melalui pengalaman hamil anak pertama serta pasangan yang sedang berikthiar memiliki anak. Dengan adanya informasi ini yang dikumpulkan di dalam satu ebook, ditulis oleh Puan Nur Syatirah Shuib seorang bidan yang berpengalaman dapat menjadi panduan dan persediaan pada mereka apa yang perlu dilakukan.
InsyaAllah, ebook ini akan membantu para wanita lebih peka dengan kesihatan rahim mereka. Mengetahui kepentingan menjaga rahim kerana di situ akan lahirnya zuriat pengikat kasih sayang suami isteri, lahirnya seorang khalifah Allah yang akan mentadbir bumi serta menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.
Ulasan Kelima Oleh Puan Bibi Normi Md Noor
Bercakap soal 'pantang' kita semua akan terbayangkan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi. Pantang ini khusus untuk wanita. Sejak turun-temurun wanita yang bersalin akan mengalami proses berpantang yang biasanya akan diuruskan oleh ibu,mak mertua atau bidan. Bagaimana dengan pantang sendiri? Bagaimana dengan pantang keguguran? Ebook ini dari wanita untuk wanita. Istimewa berkisar mengenai pantang. Banyak petua dan panduan boleh kita perolehi di sini kerana penulis pemilik Qulusa Therapy yang punya kepakaran dalam prosedur pantang. Antaranya tip ikhtiar hamil, peranan suami mengurus isteri berpantang, cara berpantang sendiri,amalan selepas bersalin, tip urus stres sehinggalah cara berasmara dengan suami ada dibongkarkan di sini. Banyak koleksi rahsia sebenar pantang yang kita tidak tahu akan diketahui satu persatu.
Ulasan Keenam Oleh Puan Hifzaila Hafni
Tepu, penuh ilmu baru dan segar bila baca ebook Kak Bidan Sempoi ini.
Walaupun saya sudah melalui tiga kali proses bersalin dan berpantang, tetapi tetap juga rasa masih banyak ilmu berkenaan ini yang saya tak tahu. Dengan penyampaian yang straight forward, ringkas dan santai tapi penuh informasi, ebook Pantang Tradisional ini seharusnya menjadi ebook pilihan setiap ibu yang bakal berpantang.
Paling menarik dan mencuit hati membaca topik keintiman suami isteri. Maklum sahaja dengan kehadiran anak kecil, usia perkahwinan bertambah, tanggung jawab bertambah adakalanya hubungan mesra antara suami isteri terabai. Jadi Kak Bidan ada kongsikan petua untuk mengembalikan keintiman suami-isteri. Boleh dijadikan panduan berguna, yang adakalanya mungkin ada pasangan yang terlepas pandang.
Jika kita merasakan berpantang adalah proses yang menyeksakan atau sukar, rajin-rajinlah cari ilmu dan baca naskhah seperti ebook Pantang Tradisional ini. Sebaiknya di permulaan kehamilan lagi sudah boleh baca. Bolehlah persediaan dilakukan lebih awal dan jika anda berada di Kota Kinabalu, boleh terus dapatkan khidmat pantang atau urut oleh Kak Bidan ini. Untungkan?
Selamat membaca.
Panduan Pantang Tradisional
Bab 1 Punca Sukar Hamil
l Punca Sukar Hamil dari Sudut Pandang Perawatan Tradisional
l Mati Putik
l Pemakanan dan Diet tak Seimbang
l Gaya Hidup Yang tidak Berkualiti
l Makanan & Aktiviti Wajib Dielak jika Ingin Hamil
Bab 2 Petua Mudah Hamil
l Kemahiran Berasmara bersama Suami Untuk Ikhtiar Hamil
l Makanan Untuk Ikhtiar Hamil Suami
l Makanan untuk Ikhtiar Hamil Isteri
Bab 3 Amalan dan Solusi Ikhtiar Hamil
l Amalan untuk Ikhtiar Hamil
l Petua Pengurusan Stress untuk Ikhtiar Hamil
l Senaman Membantu Merawat Otot Pemegang Rahim
Bab 4 Hamil
4.1 Pemakanan dan Penjagaan ketika disahkan Hamil
l Resepi Tingkatkan Hemoglobin dalam Darah
l Resepi Mengurangkan Angin di dalam Badan
4.2 Amalan Ketika Hamil
l Petua Kawal Stress Ibu Hamil
l Amalan Doa dan Surah Pilihan
4.3 Persediaan Sebelum Bersalin.
Bab 5 Berpantang Secara Tradisi
5.1 Rawatan ketika Berpantang
l Berpantang Cara Tradisi
l Bertungku
l Urutan Selepas Bersalin
l Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan
l Penjagaan Payudara dan Kaedah Penyusuan yang Betul
l Rawatan Penjagaan Rambut
l Penutupan Pantang
l Langkah Kecemasan Ketika Berpantang
5.2 Amalan Ketika Berpantang
l Elak Meroyan
l Bahagia Ketika Berpantang
5.3 Petua Kurus Selepas Bersalin
l Rawatan
5.4 Cara Berpantang Sendiri
l Cara Membuat Tungku Herba Ibu
l Cara Membuat Tungku Herba Bayi
l Cara Membuat Mandian Herba Ringkas
5.5 Peranan dan Tanggung Jawab Suami
l Menyediakan Tempat yang Selesa
l Suami sebagai Perawat
5.6 Pengurusan dan Penjagaan Bayi
l Petua Bayi Tidur Selesa dan Tidak Meragam
l Penjagaan Bayi Agar Tidur Selesa & Tak Meragam
5.7 Soalan Popular Ketika Berpantang
Bab 6 Resepi Makanan Berpantang
Bab 7 Rawatan Menjarakkan Kehamilan
l Petua Merancang
l Makanan dan Perawatan
Bab 8 : Penutup
l Rujukan
l Biodata Penulis
l Produk Herba Kak Bidan Sempoi
Bab Punca Sukar Hamil
l Punca Utama Sukar Hamil dari Sudut Pandang Perawatan Tradisional
Hari ini ramai wanita yang mengalami masalah kewanitaan (ginekologi) yang menyebabkan kesukaran untuk hamil.
Antara Faktor Sukar Hamil :-
1. Makan makanan tidak sihat. Contohnya, air bergas, mi segera, makanan dan minuman yang menggunakan susu pekat manis, Minuman 3 in 1, sayap ayam dan makanan segera seperti nugget, sosej dan kentang goreng. Makanan ini adalah makanan tinggi garam, gula dan pengawet. Selain itu, kandungan gas yang tinggi di dalam minuman berkarbonat dan susu pekat manis akan memberikan tekanan kepada otot perut dan menyebabkan anda gastrik. Gastrik yang tidak dirawat akan menyebabkan senggugut. Manakala senggugut yang tidak dirawat akan menyebabkan istihadah ( darah haid melebihi 15 hari) dan akhirnya anda sukar mendapatkan zuriat.
Petua Berkesan untuk Hamil
Antara Faktor Sukar Hamil :-
1. Makan makanan tidak sihat. Contohnya, air bergas, mi segera, makanan dan minuman yang menggunakan susu pekat manis, Minuman 3 in 1, sayap ayam dan makanan segera seperti nugget, sosej dan kentang goreng. Makanan ini adalah makanan tinggi garam, gula dan pengawet. Selain itu, kandungan gas yang tinggi di dalam minuman berkarbonat dan susu pekat manis akan memberikan tekanan kepada otot perut dan menyebabkan anda gastrik. Gastrik yang tidak dirawat akan menyebabkan senggugut. Manakala senggugut yang tidak dirawat akan menyebabkan istihadah ( darah haid melebihi 15 hari) dan akhirnya anda sukar mendapatkan zuriat.
Petua Berkesan untuk Hamil
Bagi anda yang tengah merancang kehamilan, perkara yang wajib anda ketahui ialah waktu subur. Pada waktu ini, segala pemakanan sihat dan segala aktiviti yang dijalankan hendaklah dititik beratkan.
Di dalam ebook yang lengkap, diceritakan lebih terperinci bagaimana pemakanan ketika haid, ketika waktu subur, dan pemakanan serta aktiviti yang wajib dielakkan jika ingin hamil.
Selain itu, senaman yang membantu mengempiskan perut dan membantu mengangkat peranakan juga turut diajarkan. Di bawah ini adalah sebahagian daripada contoh.
Bab Kehamilan
Di dalam bab kehamilan, saya memberikan petua pemakanan bagaimana mengelakkan loya dan resepi membuang lebihan angin di dalam badan.
Selain itu, terdapat juga resepi yang mudah untuk menambahkan hemoglobin di dalam darah.
Amalan doa dan teknik berdoa juga diajarkan memandangkan ibu hamil mengalami stress yang sangat tinggi kerana kerapa diuji dengan sakit yang pelbagai.
Bab Berpantang
Saya memberikan sangat banyak petua bagaimana ingin berpantang sendiri. Resepi untuk membuat tungku herba ibu dan bayi, mandian herba dan minyak rambut turut diajarkan. Selain itu, resepi masakan berpantang yang pelbagai dan menarik serta tidak pernah lagi dikeluarkan oleh mana-mana pihak kerana ianya adalah inovasi saya sendiri menghasilkan resepi yang memberikan kebahagiaan kepada ibu berpantang.
Bab Menjarakkan Kehamilan
Ramai wanita yang mengadu berat badan bertambah, kitaran haid tidak menentu, haid yang tidak lawas dan stress menyebabkan saya ingin berkongsi petua alami dari aspek herba yang digunakan dan cara serta masa bersama suami.
Bab Penutup
NAMA : NUR SYATIRAH SHUIB
UMUR : 28 TAHUN
TEMPAT LAHIR : BALING, KEDAH
PENDIDIKAN : SK TUNKU PUTERA, SMK AGAMA BALING, SBPI KUBANG PASU, KOLEJ MARA KUALA NERANG, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
PENGALAMAN KERJA:
2011-2013 : MEMULAKAN BISNES BERMULA DARIPADA RUMAH, IAITU DAR AS-SAKEENAH ENTERPRISE, PADA 14 OKTOBER 2011 DI KOTA KINABALU SABAH. DI SINI, SAYA MELAKUKAN SERVIS URUTAN SELURUH BADAN, REFLEKSOLOGI DAN BEKAM. SELAIN ITU, SAYA JUGA ADALAH TENAGA PENGAJAR BAGI BIDANG URUTAN DAN REFLEKSOLOGI
2013-2014 : SELEPAS BERKAHWIN DENGAN USTAZ LOKMAN AL-HAFIZ, SAYA BERSAMA-SAMA SUAMI MENJADI RAKAN NIAGA BAGI SYARIKAT K BHARU PTR ENTERPRISE. BERTUGAS SEBAGAI AHLI TERAPI DAN JURU BEKAM.
JANUARI 2015 : KAMI MEMBUKA D’RELAXS SPA DI KELANTAN. DI SINI KAMI SEBAGAI AHLI TERAPI DAN TENAGA PENGAJAR DALAM URUT TERAPI MELAYU
SEPTEMBER 2015 : BERPINDAH KE SABAH DAN MENJALANKAN SERVIS URUTAN SECARA RUMAH KE RUMAH (MOBILE) DI TUARAN.
SEPTEMBER 2017: MENUBUHKAN SYARIKAT UIS SPECIAL THERAPY SDN BHD. PUSAT RAWATAN KAMI DIBERI NAMA QULUSA THERAPY BERTEMPAT DI PASIR PUTIH, PUTATAN, SABAH. BERTUGAS SEBAGAI PEMANTAU AHLI TERAPI DAN JUGA JURULATIH BAGI URUTAN MELAYU DAN URUT TERAPI DI QULUSA TERAPI. MENGURUSKAN SEPENUHNYA MISS V THERAPY. BERTUGAS SEBAGAI PENGURUS PEMASARAN DAN JUGA KETUA PENGURUS BAHAGIAN PRODUK HERBA, QULUSA HERBAL ENTERPRISE.
PENGALAMAN DALAM PERAWATAN;-
1. KEMAHIRAN YANG DIMILIKI:- URUTAN, BEKAM, AKUPUNKTUR, GUASA.
2. PAKEJ RAWATAN YANG DISEDIAKAN DI QULUSA THERAPY:
- PAKEJ BERPANTANG
-PAKEJ PENUTUPAN PANTANG MISS V THERAPY, MERAWAT MASALAH MATI PUTIK
- PAKEJ SLIMMING
- PAKEJ IKHTIAR HAMIL
- PAKEJ BUST & BOTTOCK THERAPY (DI MASA HADAPAN UNTUK PENUTUPAN PANTANG)
- PAKEJ RAWATAN GASTRIK LELAKI & WANITA
- PAKEJ RAWATAN BATIN LELAKI
- PAKEJ RAWATAN MASALAH GOLF
GAMBAR KENANGAN MEMPELAJARI HERBA BERSAMA DR ABDUL GHANI HUSSAIN., DOKTOR PAKAR BEDAH DAN JUGA HERBALIS DI HERBSWALK, LANGKAWI.
GURU SAYA, PUAN SAREFA REDZUAN ADALAH GURU TERBAIK YANG SAYA PERNAH BERGURU BERKENAAN PERAWATAN, HERBA DAN REMPAH
KURSUS HERBALIS HPA PADA 2011, BERSAMA TUAN HJ ISMAIL AHMAD DAN KUMPULAN PENGAJAR DARI INDONESIA. DI SINILAH BERMULANYA KECINTAAN SAYA KEPADA HERBA DAN PERAWATAN
l Produk Herba Kak Bidan Sempoi
PRODUK HERBA ALAMI YANG KAMI SEDIAKAN SENDIRI:-
PAKEJ SET PRODUK
PAKEJ
|
NAMA PAKEJ
|
HARGA/DISKAUN
|
A
|
PAKEJ BERPANTANG
HERBA MANDIAN, BOREH, TUNGKU HERBA IBU, HERBA TANGAS, CRISPY HAPPY, MINYAK HERBA IBU, MAAJUN, FOCUS TEA, SERBUK JAMU SI JELITA
|
RM 508
15%
DISKAUN RM 432
|
B
|
MISS V THERAPY SET
MISS V SPRAY , MISS V OIL, HERBA TANGAS, MISS V SPECIAL
|
RM 216
10%
DISKAUN RM 199
|
C
|
SET SLIMMING
BOREH, MAAJUN, HERBA TANGAS, CHOCOLUV SLIMMING HAPPY, SERUM SLIMMING
SET A ( BERAT BAWAH 60KG )
TANGAS, MAAJUN, SERUM SLIMMING
SET B ( LEBIH 60KG )
TANGAS, MAAJUN, CHOCOLUV, SERUM 120ML
|
RM 312
10%
DISKAUN RM 280
RM 183
10%
DISKAUN RM 165
RM 338
10%
DISKAUN RM 305
|
D
|
SET IBU MENGANDUNG
PREGNANT BODY SCRUB, AIR PENAWAR MUDAH BERSALIN, ( 3-8 BULAN ), AIR SELUSUH ( 9 BULAN ), ALKALINE SOLUTION: HIMAX5 ( ELAK BENGKAK KAKI & RAWAT KEPUTIHAN ), CHOCOMIL UNTUK INSTANT ENERGY & TINGKATKAN HB
|
RM 218
10%
DISKAUN RM 196
|
E
|
IKHTIAR HAMIL
SET A ( HORMON )
3 MAAJUN, 1 FOCUS TEA & 1 TANGAS
SET B
1 MAAJUN & 1 TANGAS
SET C ( PAKEJ KESUBURAN )
1 MAAJUN, 1 TANGAS, SERBUK JAMU SI JELITA & FOCUS TEA
|
RM 353
10%
DISKAUN RM 318
PERCUMA POS
RM 134 (POS RM15 S, SM RM20)
RM 262
10%
DISKAUN RM 236
|
JIKA ANDA INGIN MEMBELI SECARA PAKEJ ATAU ‘LOOSE’, BOLEH HUBUNGI KAMI:-
QULUSA PUTATAN,
017-8387695 (SHAIDATUL, PENGURUS PEMASARAN PRODUK)
UNTUK SERVIS RAWATAN, HUBUNGI 018-3677769 (SAKINAH, CUSTOMER SERVICE)






Comments
Post a Comment